Advertisements

View Thread
Wookies.ORG : Malaysian Real Community » Open Talk!!! » Lawak Jenaka & Geli-Geli
Kemalangan Paling Ngeri Yang Pernah Saya Lihat

Print Thread

15-04-2009 12:56 AM
Who is here? 1 guest(s)
Kemalangan Paling Ngeri Yang Pernah S...
User Avatar

FOURFingers
Member
Jr Members


Posts: 2
Joined: 15.04.09
Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.

Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah.

Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.

Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.

Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.

Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.

Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.

Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.





P/S: Karangan budak darjah 4 tu..... imaginatif tahap dewa!
 
Offline
15-04-2009 01:13 AM RE: Kemalangan Paling Ngeri Yang Pernah S...
User Avatar

destructo
Member
Otai Members


Posts: 61
Joined: 10.04.09
Location: TerEngganu
Age: 22
lame dh mende ni...hehe
i307.photobucket.com/albums/nn310/amirul_immortal/spct.gif
 
Offline
15-04-2009 05:42 AM RE: Kemalangan Paling Ngeri Yang Pernah S...
User Avatar

osman

Site Admin


Expert Sharing

Posts: 485
Joined: 26.07.08
hahaha syok
================================================
The files we upload are just for evaluation, you must erased them in 24 hours or less. The web and webmaster are not responsable on how files are used after being downloaded. Always choose the original.

BERITA TERBARU DARI ADRIVE:
**Public file has been expired after 14 days. The file has been returned to the folder it was shared from. - Adrive . Oleh itu banyak file yang diupkan daripada adrive tealah bertukar link.. kalau ada link yang dah tak blh guna.. just leave a msg utk bantu moderator mengupdatenya. Sebarang kesulitan amat dikesali.

i307.photobucket.com/albums/nn317/otaimerz/founder.png
i334.photobucket.com/albums/m416/osmanadli/MU.gif
 
Offline
24-06-2009 08:40 AM RE: Kemalangan Paling Ngeri Yang Pernah S...
User Avatar

sniper
Member
Jr Members


Posts: 2
Joined: 18.06.09
Location: malaysia
Age: 23
yer r...aku pown bce doh...Wink
 
Offline
Jump to Forum:
Forum powered by fusionBoard
Share this Thread
URL:
BBcode:
HTML:
Similar Threads
Thread Forum Replies Last Post
band yang sempoi di mata anda?? Lepak Warung WoOkies 32 14-03-2010 04:58
Makwe Yang X Bleh Blah.... Lawak Jenaka & Geli-Geli 5 04-07-2009 13:26
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT Ustaz WoOkies 2 25-03-2009 19:12
Gambar yang tak keluar tv dan paper Berita, Politik & Isu Semasa 4 19-01-2009 18:08
Jawapan Sejarah Yang Tak Boleh Blah... Lawak Jenaka & Geli-Geli 1 15-09-2008 14:26